.: Us Together :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: Wedding Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: My Q Jr. :.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 9, 2011

.: Ada Apa Pada Nur Kasih :.

Hey all.. Long time tak berblog.. Quite busy lah..Penyakit malas nak menaip sebenornye... 
Tapi ni nak citer lah ni..Ce citer..ce citer... :p
So, apa ada pada cerita arahan Kabir Bhatia ni? Hampir 19 juta penonton tidak jemu menunggu saban minggu untuk menonton drama bersiri Nur Kasih di TV3 pada 2 tahun lepas. Ada yang tak penah miss satu episod pon.. Sebab tulah Mungkin gara - gara itu, En. Kabir Bhatia bersama - sama isteri tercinta menyambung kembali drama gilaan ramai ni ke layar perak..Ayat tak boleh blah..ingat buat karangan ke..haish.. Maka, pada 19 Mei yang lalu, Nur Kasih The Movie menemui peminat - peminat drama ini.


Secara jujurnya, aku taklah mengikuti sangat citer ni.. tapi bile sekali tertengok tu, nak gak tau ape jadi seterusnya kan.. So, ape lagi dengan suke hatinye pada ari ahad yang lepas bersamaan 5 Jun 2011, Encik Suami mengajak aku g date tengok wayang di E@Curve, Damansara. Orang kate, selalunye cubaan kali ketiga pasti kita akan dapat dengan jayanya..Dan alhamdulillah..cubaan kali ketiga kami nak g tengok citer ni berhasil.. 

Selepas 2 jam menghayati di dalam panggung yang sejuk jenuh dowh menahan diri dari ke bilik kecik..semuanya gara-gara citer ni lah.....

Memang benar lah apa yang orang ramai kate selepas tengok citer ni... Tentang mereka - mereka yang keluar wayang bukan je merah matenye malah dengan hidung - hidung dorang pon merah sama.. Menangis dik oiii.. Hah.. jangan nak duk kate 'Ala..penonton pompuan lah tu.. emosi terlebih'.. Tak dinafikan lah perkara tu kan.. Hello... bukan ok... LELAKI..!!

Tapi apa-apa pon, memang tabik spring lah kepada Encik Director & Puan Penulis Skrip kerana telah berjaya menghasilkan satu cerita yang sangat menyentuh perasaan ni.. Dalam pada aku tahan nak nangis sepanjang citer (minah sebelah dah teresak-esak dari awal lagi dah), babak terakhir filem berjaya juga membuatkan ait mata aku jatuh.. Tang - tang tu pulak lampu wayang terus menyala.. Demm...

1 comment:

  1. qiqi, ada blog tak bagitahu huhuhu...

    TAHNIAH! ;)

    ReplyDelete