.: Us Together :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: Wedding Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: My Q Jr. :.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 28, 2010

.: Kesalan Seorang Penumpang Sebuah Airlines :.

 
FW: MAS : LUGGAGE MISING = 14 +5 HARI ! WAJARKAH? Inbox

eddy azuan
Wed, Oct 27, 2010 at 8:59 PM
To: alinputri2720@gmail.com
Reply Reply to all Forward Print Delete Show original


From: eddy azuan [mailto:
eddyazuan@miros.gov.my] Sent: Thursday, October 28, 2010 11:25 AMTo: 'chairman@mas.com.my'; 'idris.jala@mas.com.my'; 'taz@mas.com.my'; 'adlina@mas.com.my'; 'azah@mas.com.my'; 'contactus@altmedia.my'; 'arasu@mas.com.my'; 'mellie@mas.com.my'; 'tanwf@mas.com.my'; 'news@tv3.com.my'; 'mytv3@tv3.com.my'; 'cynthia_seow@mediaprima.com.my'; 'metro@nstp.com.my'; 'metahad@nstp.com.my'; 'news@tv3.ie'; 'ahariza@gmail.com'; 'lynn@putra.upm.edu.my'; 'ibrani@putra.upm.edu.my'; 'enrich@mas.com.my'Cc: 'fomca@fomca.org.my'; 'myaduan@nccc.org.my'; 'contactus@altmedia.my'; 'laily@putra.upm.edu.my'; 'normah@kpdnhep.gov.my'; 'e-aduan@kpdnhep.gov.my'Subject: MAS : LUGGAGE MISING = 14 +5 HARI ! WAJARKAH?

Asalamualaikum/Salam sejahtera,
28 OKTOBER 2010, 11.15 AM

14 HARI + 5 HARI : TAK SEINDAH KHABAR RUPANYA! WAJARKAH LIMA BINTANG?

“Penerbangan Malaysia (MAS) meraih kejayaan berganda apabila dipilih sebagai pemenang anugerah 'syarikat penerbangan lima bintang' dan 'kakitangan kabin terbaik dunia' 2010 oleh Skytrax, sebuah pertubuhan berpangkalan di United Kingdom (UK) yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam penyelidikan syarikat penerbangan….”

Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mampu berkongsi kemegahan tatkala syarikat yang dipelopori anak jati Malaysia mampu mengukir nama di persada perindustrian antarabangsa. Begitu jua saya sebagai salah seorang anak jati MALAYSIA! Namun, ibarat panas ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, segala yang dikhabarkan tidak seindah rupa. Apatah lagi sudah terkena atas batang hidung sendiri.

13 Oktober 2010, pesawat dari Kota Bharu, Kelantan selamat berlabuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA yang baru jua menerima anugerah kategori ‘Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik’ dan ‘Perkhidmatan Petugas Cemerlang Terbaik’ di majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2010 baru-baru ini. Setibanya di bahagian mengambil bagasi, setelah menunggu sekian lama, bagasi yang diamanahkan buat MAS gagl muncul di hadapan mata. Lalu beberapa episode kelemahan demi kelemahan mula terkesan di akal fikiran antaranya:

1) LAYANAN PETUGAS SEMASA SITUASI KEHILANGAN (WAKTU: 1315):
a. Dengan Nada Berseloroh, Petugas bersuara “Tak kemana beg awak tu, jangan kalut sangat!”
b. Panduan : Kata Saya : “Jadi apa yang harus saya lakukan?”
Petugas : “Awak buatlah laporan di kaunter lost and found”

Maka bersendirianlah saya mencari arah letaknya kaunter LOST & FOUND dengan hati yang penuh keidaktenteraman. Apalah salahnya ditunjukkan panduan buat PELANGGAN yang sedang dalam kebingungan. Lebih menyedihkan, tiada kedengaran sepatah perkataan “MAAF” apatah lagi “MAAF YA ENCIK ATAS KESULITAN INI” dari 2 petugas yang sempat bersua dan sempat bersuara dengan saya.

2) LAYANAN PETUGAS KAUNTER LOST & FOUND

Umpama kejadian lumrah bagi peristiwa yang sudah seringkali terjadi, tiada langsung tergambar riak wajah penuh cemas apatah lagi tingkahlaku kesegeraan. “Terlalu tenang” menjalankan tugas sambil gelak ketawa menghiasi wajah mereka yang nyata bercanggah suasana hiba dalam hati seorang PELANGGAN. Apa yang nyatanya, gambaran ini seolah-olah memberikan petanda “Musibah ini bukan lagi satu bencana kerana ia sudah lazim berlaku!”. Tiada langsung jua taklimat/penerangan diberikan berkaitan proses tuntutan selaian dari “Jika kami temui kami akan hantarkan ke alamat yang encik tuliskan ini”. Apa pula ceritanya dengan penerangan tentang Tuntutan Kelewatan Penghantaran? Tuntutan jika Kehilangan? Tempoh maksima pencarian? Proses-proses yang perlu jika disahkan Hilang? Saya selaku PELANGGAN sekali lagi terpinga-pinga pulang berbekalkan salinan Laporan. Yang nyatanya masih TIADA kedengaran sepatah perkataan “MAAF” apatah lagi “MAAF YA ENCIK ATAS KESULITAN INI” dari 4 petugas yang bersua dan sempat bersuara dengan saya setakat ini.

3) PANGGILAN-PANGILAN DARI PETUGAS MAS

Hari Pertama : Dua panggilan diterima memaklumkan masih gagal dikesan. Salah satu panggilan setelah diajukan soalan mengesahkan “14 hari tempoh semua proses selesai Encik dari tarikh laporan dibuat”

Hari Ke 2 : Dua panggilan diterima dengan status yang sama.
Hari Ke 3 : Satu panggilan diterima di sebelah pagi diterima, statusnya masih sama cuma barulah terdengar kata “MAAF Encik atas kesulitan ini” dari pihak MAS. Akhirnya, setelah melepasi tempoh 65 jam! Panggilan kedua pula diterima untuk menyarankan saya melengkan borang yang akan di emailkan. Mohon untuk saya faksimili semula selepas selesai dilengkapkan.

Hari Ke 5 : Dokumen selesai dihantar melalui Faksimili. Disahkan melalui panggilan saya ke MAS untuk bertanyakan status penerimaan dokumen faksimili tersebut. Dan pesan Petugas “ KAMI AKAN SENTIASA MEMBERIKAN MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SEGALA PROSES INI”.

Hari Ke 6 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 7 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 8 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 9 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 10 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 11 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 12 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.
Hari Ke 13 : TANPA SEBARANG PANGGILAN. TANPA KHABAR DAN BERITA.

4) KEKECEWAAN BERTERUSAN DI HARI KE 14

Setelah puas menanti seperti yang dijanji-janjikan, kesabarab dan peluang yang diberikan sudah cukup memadai. Oleh kerana ingin tunggu panggilan yang seharusnya datangnya dari pihak MAS tidak kunjung tiba, lalu nekadlah saya terpaksa melakukan panggilan pula ke pihak MAS. WAJARKAH? Dijawab panggilan pertama seperti perbualan yang antaranya seperti berikut:

03-8776 3733 : “Ok, saya dah semak, masih gagal dikesan, ENCIK DAH HANTAR DOKUMEN KEHILANGAN? ”
PELANGGAN : “ Tiada rekodka disana? Saya dah hantar lama dah!!”
03-8776 3733 : “Ye ke? Kami akan semak dokumen tersebut kembali, Encik dimohon hubungi 03-7840 4572 untuk lebih segera”

14 hari tidak cukup SEGERA? WAJARKAH?
Saya yang kena buat panggilan? Bukan pihak MAS ke? WAJARKAH?

Panggilan terpaksa dibuat untuk lebih SEGERA! Nak tunggu lagi mungkin entah bila?


03-7840 4572 : “Sebentar ye cik saya semak dan cari dokumen dahulu….(selepas 2 minit), ok encik, status masih gagal dikesan”
PELANGGAN : “Saya tahu masih gagal dikesan. Jadi samapai BILA?”
03-7840 4572 : “14 hari Encik.. belum 14 hari lagi kan?”
PELANGGAN : “memanglah belum tapi cukupkah 6 jam lagi untuk selesaikan 14 hari? Genap jam 9 malam ni masuk 14 hari kan?”
03-7840 4572 : “ermm… kalau begitu kami akan cuba berikan maklumat dalam tempoh 5 hari lagi! … saya tak boleh buat apa-apa encik, encik, saya bukan pegawai tang dipertanggungjawabkan dengan Kes Encik. Mungkin Encik perlu hubungi pegawai terbabit di talian : 03-78404563?”



14 hari tidak disedari berlalu? WAJARKAH?
5 hari pula tambahan Waktu dipohon? WAJARKAH?
PELANGGAN LAGI KENA BUAT FOLLOW UP!!! WAJARKAH????

Hari ke 14 berakhir dengan “Maaf yer encik saya akan pastikan panggilan susulan dilakukan”.

Menanti Sehingga saat ini dan masih tiada panggilan! WAJARKAH?

SAMPAI BILA NAK SABAR! TEKAD SELEPAS JAM 2pm : AMBIL CUTI UNTUK KE TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA!!!!!!! SUDAH BERI PELUANG KITA PULA DIPERMAINKAN!!! WAJARKAH????

PERKARA YANG TAK SEHARUSNYA DIJADIKAN AMALAN “MAS”! SEBARKAN KEPADA YANG BERKENAAN UNTUK PASTIKAN PERKARA INI DIBERI PERHATIAN!

SEKIAN DAHULU,
EDDY AZUAN SENIN,
PELANGGAN

Tuesday, September 21, 2010

.: Her Wedding :.

Date: 18 September 2010
Venue: Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor (Her house)

Us @ Tanjung Balau ^_^

After 6 years... Finally we meet up again.. From left: Eja, Ziera, Me, Za'a, Ann

Al-Biruni's Gurlz... :)

 @ her house. Kurang seorang. Huhu...


This is her..My Twin.. :)

Sunday, September 19, 2010

.: Habis :.

Habis sume duit raye aku.. (uik.. xdpt pon).. 600++ hinggit terbang melayang gara2 third servis Jambuku.. huhu..

Friday, September 17, 2010

.: It's All About Awisy :.

Ni lah first time dapat jumpe dengan Awisy.. Jumpe2 terus dah beso camni..Time baby aritu xberkesempatan nk jumpe..

.: Syawal 1431H :.

Tahun ni kami wat giler sikit.. 1st Syawal kami masih lagi di Selayang.. Nak merasa raya di kota lah kononnye..H0h0..

Malam raya.. Berjalan-jalan di jalan TAR.. Sangat2 happening.. Masing-masing bersungguh-sungguh promote barang-barang jualan dorg.. tapi terlampau crowded..Nak jalan pon susah.. :(


Pagi Raya.. Lepas solat Jumaat, bergambar di Kedai Gambar Mann.. Then pegi round 1 KL nk tgk suasana.. Lengang gilerrr..Rase kuranglah seronoknye sbbnye dh biasa beraya di kampung kot..

Raya kedua baru gerak balik kampung.. Tapi sampainye agak lewat..mula-mula g umah makcu dulu.. then baru gerak ke umah tok ayah..dh mlm sgt mase tu.so, lepas salam tok ayah, tok cik, my only elder cousin (mr. danial), his wife (mrs. ieta) and their son (Awisy), terus siap2 untuk melelapkan diri masing2.. tak dan pon nk borak2..huhu..

Raya ketiga...Lena ku dikejutkan dengan kejutan dari Awisy..Ye..Ye.. Aunty bangun lah ni..huhu.. Takde berjalan mane2 sangat..Just pegi umah Pak Long ku & Makcu je.. Then balik untuk bermain dengan Awisy.. Lalalalala...


Raya keempat.. Hari untuk mencukupkan barang2 Cik Dila.. Pulang ke KMJ untuk meneruskan perjuangan..Then kami bergerak balik ke Selayang..Huhu..

.: Ramadhan Terakhir 1431H :.

Menu berbuka terakhir di bulan Ramadhan tahun ini.. Sangat sedap.. :)

.: 1 Year Old :.

Pejam celik pejam celik..Dah setahun..
Alhamdulillah.. Tak dapat nak jelaskan perasaan sebenar bila ditanya..
TERHARU....sbb it's my longest relationship ever.. Joy teardrops running down..Ada jugak insan yang sanggup bersabar dgn perangai aku ni..
BERSYUKUR..sbb persahabatan yang awalnye dijalin kini berubah menjadi satu hubungan yang harapnye akan berkekalan hingga akhir hayat..
BAHAGIA..sbb telah diberi peluang untuk bertemu dengannya yang sangat sangat sangat memahami aku walaupun kadang2 (actually,selalu gak sebenarnye) aku tak dgr kate2 dia + sentiasa menjawab dgn dia (huhu..cowwy.. ^_^)
Apa-apa pon, tapi yang pasti, aku sangat menghargai perhubungan ni..