.: Us Together :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: Wedding Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: My Q Jr. :.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 18, 2011

.: A. D. A. K. A. H. ? :.


Sensitif sangat ke perasaan seorang perempuan yang mengandung? 
Ataupun ianya memang dah wujud  dalam sanubari seorang wanita?

Bagi aku, kedua-duanya ya..
Walau seberapa kental jiwa seorang insan bergelar wanita macam aku lah tu,
tapi nun jauh di sudut hati tersimpan perasaan haus seorang wanita..
Bagi seorang wanita yang mengandung, aku rasa perasaan ni makin membuak-buak..aku lah tu..

Mungkin sebab diri dah tak seperti dahulu.. lack of self confidence..
Atau mungkin kerana perasaan secure menjadi topik utama dalam diri.. feel unsecure..
Ataupun kerana perubahan hormon yang berlaku dalam diri.. normal answer for pregnant lady..

Aku, of course lah tak terkecuali dari semua di atas..
Aku tahu ianya adalah suatu gurauan.. Namun hati masih tersentuh lalu bergenang lah air mata.. jenuh control..
Aku tahu ianya atas urusan kerja.. Namun perasaan sayu dan sedih masih terasa seperti ditinggalkan..
Aku tahu ianya hanyalah suatu peringatan.. Namun fikiranku masih menyangkakan iaya suatu amaran..
Aku tahu ianya suatu pertanyaan meredakan keadaan.. Namun egonya perasaan hanya membiarkan ia berlalu pergi..

Adakah memang aku yang silap, ataupun aku yang tak memahami?
Apa yang pasti perasaan ini semakin hari semakin sensitif..