Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
..............
Selepas meninggalkan menghantar Encik Suami berkursus di MidValley pagi tadi, butir-butir kata di atas berkumandang di corong radio HotFM..HotChat pagi tadi pasal kad raya.. Tahun ni takde terima satu kad pon..Kad yang dihantar pon takda inikan pulak nak terima.. Aish.... Tiba-tiba je hati ni rasa sayu je.. Bergenangan lah jugak air mata secara tiba-tiba..Tapi ku control.. Kalau tak kerana Federal Highway pagi tadi penuh dengan pelbagai jenis kenderaan, bercucuran jugak kot air mata ni..
Sayu..?? Hmm..
Mungkin sebab 25 tahun yang lalu, setiap pagi raya je, aku akan bersama-sama dengan Mama, Abah dan adik-adik ku di Muar, kampung halamanku.. Tahun ni, buat pertama kalinya di hari raya pertama tu, aku berjauhan dengan diaorang.. Dan tahun ni jugak, buat pertama kalinya, di hari raya pertama tu, aku beraya di kampung halaman suamiku..Tapi..lepas tu, balik Muar jugak..:P Mama & Abah, nantikan kepulangan diriku nanti.. :)
Tiba-tiba, timbul pula satu perasaan lain tika menaip entry ni..
..Berdebar-debar..
..Teruja..
Mungkin sebab 25 tahun yang lalu, setiap pagi raya je, aku akan bersama-sama dengan Mama, Abah dan adik-adik ku di Muar, kampung halamanku.. Tahun ni, buat pertama kalinya di hari raya pertama tu, aku berjauhan dengan diaorang.. Dan tahun ni jugak, buat pertama kalinya, di hari raya pertama tu, aku beraya di kampung halaman suamiku..
Tiba-tiba, timbul pula satu perasaan lain tika menaip entry ni..
..Berdebar-debar..
..Teruja..