.: Us Together :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: Wedding Anniversary :.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.: My Q Jr. :.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 3, 2011

.: A Dream Come True :.

Long time I've  dream to own one of this branded handbag..
Just thought of saving my own money to buy it..

BUT..

Surprised by him..
Unexpected gift from him..

Now I own it..




Thank you so much kepada Encik Suami.. xoxo..

.: Semakin Hampir :.



Perasaan kini bercampur baur..
Most of it, feel so excited..
Less than 4 weeks lagi sebelum tarikh itu..
Harap semuanya baik-baik sahaja..
Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusan ku nanti..
Amiinn..

. : Tersadai :.

20.10.2011




Tidak disangka-sangka, malam itu, JaMBu terpaksa ditinggalkan bersendirian di rooftop Jusco Alpha Angle.
Mana tidaknya, secara tiba-tiba, enjin JaMBu tidak dapat nak dihidupkan gara-gara kehabisan bateri..
Sejak memiliki JaMBu, memang aku tidak kesah pun dengan bateri kereta ni..hehe..


Serve me right lah kan.. Pengajaran bagi aku supaya sentiasa periksa air bateri kereta.. Err.. Tapi kini dah tukar ke sel kering.. Ngee.. 

Apa-apa pun, gara-gara ini, keesokkan harinya aku dan Encik Suami terpaksa mengambil 'cuti kecemasan'.. huhu.. 

Note kaki --> Cuba untuk mengarang entry kali ini dengan menggunakan bahasa dan ejaan yang betul.. Tapi macam pelik sahaja.. That's it.. Can't continue in this way.. But I promise, I won't use these rojak and sms language in formal used.


.: CPR from BonGeK..hehe.. :.



Tuesday, October 18, 2011

.: A. D. A. K. A. H. ? :.


Sensitif sangat ke perasaan seorang perempuan yang mengandung? 
Ataupun ianya memang dah wujud  dalam sanubari seorang wanita?

Bagi aku, kedua-duanya ya..
Walau seberapa kental jiwa seorang insan bergelar wanita macam aku lah tu,
tapi nun jauh di sudut hati tersimpan perasaan haus seorang wanita..
Bagi seorang wanita yang mengandung, aku rasa perasaan ni makin membuak-buak..aku lah tu..

Mungkin sebab diri dah tak seperti dahulu.. lack of self confidence..
Atau mungkin kerana perasaan secure menjadi topik utama dalam diri.. feel unsecure..
Ataupun kerana perubahan hormon yang berlaku dalam diri.. normal answer for pregnant lady..

Aku, of course lah tak terkecuali dari semua di atas..
Aku tahu ianya adalah suatu gurauan.. Namun hati masih tersentuh lalu bergenang lah air mata.. jenuh control..
Aku tahu ianya atas urusan kerja.. Namun perasaan sayu dan sedih masih terasa seperti ditinggalkan..
Aku tahu ianya hanyalah suatu peringatan.. Namun fikiranku masih menyangkakan iaya suatu amaran..
Aku tahu ianya suatu pertanyaan meredakan keadaan.. Namun egonya perasaan hanya membiarkan ia berlalu pergi..

Adakah memang aku yang silap, ataupun aku yang tak memahami?
Apa yang pasti perasaan ini semakin hari semakin sensitif..

Thursday, September 15, 2011

.: Mane nak dapat ni eh? :.

Terpandang satu blog.. de gambar pillow untuk pregnant lady (seperti dibawah ni yek).. 
sangat comey..kan..kan..kan.. :p
Mane bleh dapatkan beli pillow ni eh.. nak carik... huhuhu.. ^_^


.: Tidur yang Sempurna :.

Hehe.. Terjumpe lagi article cemane nak bagi ibu-ibu mengandung ni tidur dengan selesa tanpa memudaratkan baby dalam peyot.. Jom bace.. :) Sumber diperoleh dari bidanbersalin.blogspot.com (macih..)



Tidur Ketika Hamil

Posisi Tidur Terbaik Semasa Kehamilan

Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.

Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.

Tidur posisi miring ke kanan juga baik dan anda boleh mengubah posisi miring ke kanan dan ke kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa.

Tidur Dengan Posisi Terlentang

Selepas minggu ke 16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah. Terdapat sesetengah wanita yang menunjukkan penurunan tekanan darah yang membuatkan mereka berasa pening kepala.

Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah. Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dengan posisi terlentang.

Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring.

Tips Mengatasi Kesulitan Tidur Semasa Kehamilan

Posisi Tidur Yang Selesa

Faktor yang terpenting untuk dapat tidur dengan selesa adalah tidur dalam posisi tidur yang terbaik untuk anda. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan sepanjang tempoh kehamilan adalah posisi tidur miring ke sisi kiri anda. Ini dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada plasenta.

Mandi Dengan Air Panas

Mandilah dengan air panas (tidak terlalu panas) dengan sabun yang wangi. Rasa segar akan membantu anda bersiap untuk tidur.

Hindari Terlalu banyak Makan Sebelum Tidur
Ibu hamil sering kali berasa ingin makan sesuatu pada malam hari. Tetapi berhati-hatilah kerana ia akan mempengaruhi tidur anda. Cubalah untuk menghindari makan yang banyak atau terlalu kenyang sebelum tidur. Anda dapat mengantikannya dengan makanan ringan yang lain atau dengan segelas susu panas. Ia adalah untuk mengurangkan rasa tidak selesa di ulu hati atau perut anda yang juga akan mempengaruhi waktu tidur anda.

Minum Segelas Susu Panas

Ia akan membantu anda untuk tidur nyenyak kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak yang akan membantu anda untuk tidur.

Berjimak

Berjimak dengan pasangan anda juga merupakan salah satu cara yang baik untuk memberikan rasa relax dan santai buat anda. Tetapi jika berasa tidak mahu melakukannya, mintalah pasangan anda untuk memberikan urutan yang lembut sehingga anda berasa lebih tenang dan bahagia kerana dimanjakan.

Latihan Menarik Nafas

Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu anda untuk tidur lebih baik. Carilah posisi yang selesa untuk anda duduk, berdiri ataupun berbaring, lalu tariklah nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama 1-2 saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. lakukan beberapa kali.

Wednesday, September 14, 2011

.: Mau Tidur :.

Iyer..
Aku mau tidur..
Bukan aku tak dapat nak tidur..
Tapi bila nak tidur tu, it takes me 10 to 15 minutes x sampai kot to get a sleep..
Looking for a comfortable sleep position for me and my baby..
So, I decided to goggle which sleep position is the best for pregnant lady..
And here's what I found..


Sleeping on your side is best while you're pregnant. In particular, sleeping on your left side may benefit your baby by improving blood flow – and therefore nutrients – to the placenta. It also helps your kidneys efficiently eliminate waste products and fluids from your body, which in turn reduces swelling in your ankles, feet, and hands.
It's a good idea to start training yourself early in pregnancy to sleep on your left side whenever you can. Of course, staying in one position all night isn't likely to be comfortable, so turning from side to side while favoring your left side is probably the best strategy.
As for sleeping on your back, avoid that position throughout pregnancy, especially in the later months. Here's why:
When you're sleeping on your back, the weight of your uterus lies on the spine, back muscles, intestines, and major blood vessels. This can lead to muscle aches and pains,hemorrhoids, and impaired circulation, which is uncomfortable for you and can reduce circulation to your baby.
Back sleeping can make blood pressure drop, causing some expectant moms to experience dizziness. On the other hand, in some moms-to-be it can make blood pressure go up.
Finally, back sleeping can cause snoring and, with increased weight, could lead to sleep apnea.
Writteb by : Donna Arand (Sleep Expert)
Source : babycenter.com

.. Peyot yang makin beso & bulat..


For first time, it's quite hard and uncomfortable to sleep on my left side.. 
But so far, yup..it's true.. 
Sleeping in position like this make me fall asleep faster.. ;p

Friday, September 9, 2011

.: Sep 09, 2011 :.


It started 2 years ago..
He proposed me to be his official lover of his heart..
Along with a cute brown teddy bear, he did it..
I'm surprise of course..
The confirmation moment I waited anxiously.. 
(Especially after I had fever after 'it' happen)..

And now, he is mine..
He is my hubby..
Papa for our kid(s)..

Abang, sayang mohon ampun dan maaf if selama ni TERbanyak sangat lah menjawab yang bukan2.. Damn serious, tak terniat pun di hati nak melawan kate..
It just.. The words smoothly came out from my lips..
Once again, dari hujung rambut, sampai lah ke hujung kuku kaki, sayang mohon ampun di atas segala kekasaran bahasa dan keterlanjuran perbuatan..kadang-kadang sayang ader termerajuk tu, mohon diampunkan jugak eh..
Mohon halalkan jugak makan minum sayang selama ni..

I'm so grateful and honour to be your wife..
And also..
Mummy for our kid(s)..

--xoxo--

.: Parent Horoscopes :.

source : babycenter.com.my

.: Pergerakan Bayi Semasa Kehamilan :.


Sumber : babycenter.com.my


Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya? 

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus. 

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antaraminggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi buat di dalam itu? 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang. 

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan. 

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan. 

Dari minggu ke-20 hingga ke-24 

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing. 

Dari minggu ke-24 hingga ke-28 

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan. 

Pada minggu ke-29 

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

Pada minggu ke-32 

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat. 

Dalam lingkungan minggu ke-36 

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda. 

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan. 

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 
Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali. 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan 

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk. 

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi. 

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda. 

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari? 

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat. 

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang? 

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak: 

• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak. 
• Angkat kaki ke atas dan relaks. 
• Halakan bunyi musik ke perut anda. 

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera. 

.: Minggu 28 :.


Pergerakanmu semakin kerap dirasai..
Sekejap di kiri..
Sekejap di kanan..
Sampaikan ada ketika, dudukku, tidurku kadang - kadang terganggu, dek kerana kelincahan kamu..
Namun, aku tak pernah menyalahkan kamu..
Malah ianya telah menjadi satu tabiat baru bagi ku untuk memegang kamu..
Aku mampu terleka hanya dengan memerhatikan kamu bergerak - gerak..
Kamu sedang bermain - main ye..
Bagai tidak percaya kamu di dalam diriku..
Ku doakan agar kamu sehat sejahtera hendaknya..
So excited to be with you..
Can't wait for you to be born..
-xoxo-


~ Peyot ~

Saturday, September 3, 2011

.: Salam Aidilfitri 1432H :.


Sepuluh Jari Ku Susun 
Memohon Kemaafaan
Andai Ada Lisan dan Perbuatan Yang Tak Terjaga
Sepanjang Perkenalan Yang Terjalin

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1432 H
Maaf Zahir Dan Batin


Friday, August 19, 2011

.: Hatiku Rasa Sayu :.

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
..............

Selepas meninggalkan menghantar Encik Suami berkursus di MidValley pagi tadi, butir-butir kata di atas berkumandang di corong radio HotFM..HotChat pagi tadi pasal kad raya.. Tahun ni takde terima satu kad pon..Kad yang dihantar pon takda inikan pulak nak terima.. Aish.... Tiba-tiba je hati ni rasa sayu je.. Bergenangan lah jugak air mata secara tiba-tiba..Tapi ku control.. Kalau tak kerana Federal Highway pagi tadi penuh dengan pelbagai jenis kenderaan, bercucuran jugak kot air mata ni.. 

Sayu..?? Hmm..
Mungkin sebab 25 tahun yang lalu, setiap pagi raya je, aku akan bersama-sama dengan Mama, Abah dan adik-adik ku di Muar, kampung halamanku.. Tahun ni, buat pertama kalinya di hari raya pertama tu, aku berjauhan dengan diaorang.. Dan tahun ni jugak, buat pertama kalinya, di hari raya pertama tu, aku beraya di kampung halaman suamiku.. Tapi..lepas tu, balik Muar jugak..:P Mama & Abah, nantikan kepulangan diriku nanti.. :) 


Tiba-tiba, timbul pula satu perasaan lain tika menaip entry ni.. 
..Berdebar-debar..
..Teruja..




.: Pasar Ikan Manhattan :.


..First Time I Eat Here.. 
..Fish Based Diner Shop..
..My Hubby's Treats..
..First Timer Luck I Guess..
..Got To Pay My Dinner With Only RM10..
..Students Promotion They Said..
..Well, If They Insists..
..With Pleasure, I Paid..
..Ahaks :p ..

.: Syukur :.


ALHAMDULILLAH..
Hari ni dah 19 hari umat Islam menjalankan kewajipan rukun Islam Ketiga..
Aku..??
Harus Wajib lah tak terkecuali kan..
Setakat ni, alhamdulillah, aku masih kuat untuk menunaikannya.. 
Hopefully aku mampu, walaupun kadang-kadang rase macam nak minum je air Sunquick Mangga dalam peti ais tu..Ngehehe..Encik Suami pun selalu berpesan, 'kalau rasa-rasa tak larat, jangan pikir kan diri sendiri je, pikirkan yang dalam perot tu jugak'.. Aku ok je balas ku pada Encik Suami tersayang..Kalau ikot hati, dah selamat dah tu.. :p Tapi aku kuatkan semangat.. Aku masih mampu lagi.. Baby pon takde lah nak ketuk-ketuk peyot mummy dia ni awal-awal..Petang-petang bila dekat-dekat nak berbuka tu je selalunya baru baby aktif gerak sana sini.. Macam faham-faham je dah sampai mase nak makan..Tu yang duk menari-nari tu..

Apa-apa pun, Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna menganugerahkan aku kesihatan..
Aku juga bersyukur padaMu Ya Allah kerna tahun ini adalah tahun pertama aku menunaikan ibadah ni bersama-sama insan yang kini bergelar suami pada ku dan juga bakal papa kepada anakku..

.: It happen 3 Weeks Ago :.

YA ALLAH..
Aku mohon padamu agar kau tabahkan lah hatiku dalam menempuh hari-hari ku di situ..
Kau kuatkan lah kesabaranku dalam melayan karenah manusia-manusia itu..
Dan Kau teguhkanlah semangatku dalam melaksanakan tanggungjawabku di situ..
Hanya padaMu aku memohon..
Hanya padaMu aku berserah..
Aku inginkan persekitaran yang lain..
Berikanlah aku peluang itu..
Sesungguhnya persekitaran di situ sudah tidak menyenangkan bagiku..
Bukan kerana aku terlalu memilih atau tidak dapat menyesuaikan diri di situ..
Tapi..
Demi kebahagiaan diriku, masa depanku dan keluargaku,
Kau berikan lah aku peluang itu sekali lagi..
Amin..
Amin Ya Rabbalalamin...

Thursday, June 9, 2011

.: Ada Apa Pada Nur Kasih :.

Hey all.. Long time tak berblog.. Quite busy lah..Penyakit malas nak menaip sebenornye... 
Tapi ni nak citer lah ni..Ce citer..ce citer... :p
So, apa ada pada cerita arahan Kabir Bhatia ni? Hampir 19 juta penonton tidak jemu menunggu saban minggu untuk menonton drama bersiri Nur Kasih di TV3 pada 2 tahun lepas. Ada yang tak penah miss satu episod pon.. Sebab tulah Mungkin gara - gara itu, En. Kabir Bhatia bersama - sama isteri tercinta menyambung kembali drama gilaan ramai ni ke layar perak..Ayat tak boleh blah..ingat buat karangan ke..haish.. Maka, pada 19 Mei yang lalu, Nur Kasih The Movie menemui peminat - peminat drama ini.


Secara jujurnya, aku taklah mengikuti sangat citer ni.. tapi bile sekali tertengok tu, nak gak tau ape jadi seterusnya kan.. So, ape lagi dengan suke hatinye pada ari ahad yang lepas bersamaan 5 Jun 2011, Encik Suami mengajak aku g date tengok wayang di E@Curve, Damansara. Orang kate, selalunye cubaan kali ketiga pasti kita akan dapat dengan jayanya..Dan alhamdulillah..cubaan kali ketiga kami nak g tengok citer ni berhasil.. 

Selepas 2 jam menghayati di dalam panggung yang sejuk jenuh dowh menahan diri dari ke bilik kecik..semuanya gara-gara citer ni lah.....

Memang benar lah apa yang orang ramai kate selepas tengok citer ni... Tentang mereka - mereka yang keluar wayang bukan je merah matenye malah dengan hidung - hidung dorang pon merah sama.. Menangis dik oiii.. Hah.. jangan nak duk kate 'Ala..penonton pompuan lah tu.. emosi terlebih'.. Tak dinafikan lah perkara tu kan.. Hello... bukan ok... LELAKI..!!

Tapi apa-apa pon, memang tabik spring lah kepada Encik Director & Puan Penulis Skrip kerana telah berjaya menghasilkan satu cerita yang sangat menyentuh perasaan ni.. Dalam pada aku tahan nak nangis sepanjang citer (minah sebelah dah teresak-esak dari awal lagi dah), babak terakhir filem berjaya juga membuatkan ait mata aku jatuh.. Tang - tang tu pulak lampu wayang terus menyala.. Demm...

Wednesday, June 8, 2011

.: Transformers : Dark of The Moon :.


Nak tengokkkk..... Hoho.. 
Can't wait for the movie to be released end of this month..
Who ever have tickets left for the movie's first show, I want it too.. 
Wish I can watch it in 3D + Platinum Seat.. :p
So excited okey... My fav movie ever.. :D

Sunday, April 17, 2011

.: Our New Washing Machine :.

New stuff being added in our house today.. Excited ok... 
Dah tak yah bangun awal-awal pagi sangat basuh baju.. ngehehe...
Tapi, ape-ape pon, terima kasih kat En. Suami yang membelikan mesin basuh ni..
Kesian tgk aku bangun awal-awal pagi membasuh baju katenye.. :) Cweet kan..kan..
Luv u always.. xoxo...

.: My Hubby's Recipe :.

Menu makan malam semalam...
En. Suami yang masakkan... :D

.: New Place :.

Hey all.. Last entry, i've told u about me changing job from UPM to PJ right? Setakat ari jumaat yg lepas, dah 11 hari aku keje di tpt baru.. So far so good.. cume de banyak mende yang kene catch up dgn cepat.. Sbbnye, I need to jaga kerja-kerja admin dgn kerja-kerja HR..huhu.. Kadang2 invoice pon kene wat jugak..hmm.. I'll try my best to catch up as soon as possible.. 
..My place @ Road Safety Research Centre, UPM..

..My new placce @ Sundar & Associates, PJ..

Friday, April 8, 2011

.: Only Now I Realize :.

Weekdays..

Wake up at 5am..
Start my journey to office at 7am..
Reach office at 8am..
Normal working hour 9am till 6pm..
Start my jouney back home at 6.45pm..
Reach home at 7.30pm..

TOTAL HOUR SPENT = 14 1/2 Hours


Time left = 24 hours - 14.5 hours = 9.5 hours


9.5 hours - 7 hours sleeping time = 2.5 hours

2.5 hours - 2 michelleneous hour = 0.5 hours


HOURS LEFT TO BE SPENT WITH FAMILY PERDAY (WEEKDAYS), ONLY 0.5 HOURS..??




Thursday, April 7, 2011

.: New Job, New Environment :.


Bye bye UPM...Finally..... I'm out from UPM.. lalala...Currently, working at Petaling Jaya.. Need to travel all the way from Wangsa Maju to PJ.. huhu.. Nak kate penat..takde lah sangat.. I'm ok with it.. But yang tak tahannye..Dugaan di pagi hari.. stuck in jammed every day ok.. huhu.. Time balik pon macam tu jugak.. but lagi dahsyat kot kesesakannye.. aiyakk... kan bagus kalau Jambu bleh terbang.. Bertukar!! hehe..New office..new environment..new friends.. new attitude to be handle.. hehe.. biaselah.. perangai masing2 kan lain.. rambut je same hitam..hati lain2..

..Bestnye kalau dapat kete macam ni.. tukar ckit wane tu jadi putih..Like!!..

Wednesday, April 6, 2011

.: 1st Vacation Trip With My Hubby :.

Entry ni plak tentang tempat my hubby (Click Like!!) and I g jenjalan...
Kiteorg g Krabi, Thailand.. We stayed at Aonang Phu Petra Resort for 3 Nights..
Sangat seronok ok g sane.. cume rase terkilan sikit, sbb tak dapat nak g jenjalan banyak tempat sangat...
Kat sane petang2 je dah hujan..huhu..lobat plak tu.. But hopefully, pas ni bleh g lagi.. :p.. nak g pulau plak.. :D
Some moments yang sempat di capture..Mase jenjalan kat luar xsempat sgt nk snap2..huhu..










.: Majlis Bertandang, 20th March 2011 :.

Ha... citer seterusnye ialah... cerita di majlis bertandang di Banting, Selangor.. Tema warna kali ni ialah.. Orange.. H0h0... Mule2 mase nak decide wane ape utk majlis ni, pk banyak kali gak lah..Opss... hehe.. tapi ternyata pilihan yg dibuat tak salah.. Aku terase sangat sweet hari tu.. ( :p.. wekk.. perasan..).. ok.. move on.. majlis di banting ni, tak banyak sangat beza dengan majlis kat FRIM sebelum tu.. Cume kali ni, dah takde nak duk tersipu2 kat atas pelamin.. Majlis kali ni just makan2 je.. Konyang perut, suke hati.. Lalalala... Citer menalik lagi pada hari tersebut ialah.... buat pertama kali nye, aku kene basuh periuk2 belanga yang beso2 belaka.. sambil duk di tepi jalan, memberus periuk2 dan kawah2 yg berminyak2 tu sampai bersih.. huhu.. sakit pinggang wooo....mane taknye..berperiuk-periuk...Ha..tu lah bahana kalau wat gotong royong masak2 ni.. tapi..tabik spring lah kat encik tukang masak merangkap Pak Ngah aku.. (er..rase betul dah ni Pak Ngah yg masak)..sangat sodap okkk.. hingga menjilat jari..ngehehe.. Rase macam tak nak berhenti makan pon ader.. :D