Dah aku larang sebelum perkara itu terjadi..
Tetapi, ia terjadi..
Dah aku fikirkan probability yang akan terjadi..
Salah satu daripadanya kini realiti..
Dah aku beri nasihat & sokongan yang diingini..
Namun, segalanya seperti mencurah air di daun keladi..
Kini, bila ia betul2 terjadi..
Jiwamu kacau mengenang nasib diri..
Hatimu sakit tidak terperi..
Tak guna lagi untuk disesali..
Perkara itu telah pun terjadi..
Apa yang boleh dibuat kini..
Lepaskan sahaja dia yang nk pergi..
Kuatkan diri dan tabahkan hati..
Ambillah ini sebagai dugaan dari Illahi..
Untuk kita perbaiki kelemahan diri..
Dan sentiasa ingat di dalam sanubari..
Ada orang lain yang lebih menyayangi..
Bukan niat untuk mengeji atau mencaci..
Namun dek terkenang tali persahabatan yang terjalin kembali..
Dah penat aku menasihati..
Tetapi nasihat tidak satu pun didengari..
Aku harap engkau mengerti..
Selama ini aku hanya mendengari..
Kerna diri ini sukar untuk lafazkan di dunia realiti..
Ku ambil kesempatan di dunia IT..
Untuk sampaikan apa yang terbuku di hati..
Terpulanglah kepada empunya diri..